Untuk Renungan...

Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, hendaklah dia memperhatikan Allah di dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan hamba Nya sebagai mana hamba itu menempatkan Allah di dalam hatinya..

About Me

*Typical Bruneian *Pengusut *Double Trouble *willing to be adventurous *bad english grammar *started blogging using Friendster in 2006 *blog about ANYTHING *hate reading manuals *Major interest: Soto, Ambuyat & Sleeping *Photography, Shopping and other as minor interest *Wish to master in Photoshopping but babal *i wish i am someone..

AWARDS

AWARDS
Your Name Is Pretty Sexy! :)
Your name scored 114 in the "How Sexy Is Your Name Test"


DID YOU KNOW?

a: The length from your wrist to your elbow is the same as the length of your foot.

b: If the amount of water in your body is reduced by just 1%, you'll feel thirsty.

c: The bones in your body are not white - they range in colour from beige to light brown. The bones you see in museums are white because they have been boiled and cleaned.

d: There are more than 600 million telephone lines, yet almost half the world's population has never made a phone call on a land line. However, more than half the world's population has made a cell phone call. There are more than 2 billion cell phones in use.

e: There are more than 150 million sheep in Australia, a nation of 17 million people & New Zealand is home to 4 million people and 70 million sheep.

SMS Me Here


Powered By Blogger

IT'S 2010 NOW, TIME FLIES QUICKLY!!

“Appreciate yourself by allowing yourself the opportunities to grow, develop, and find your true sense of purpose in this life”

Monday, March 19, 2007

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Roti
(khubz)
Roti
yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika
tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan
pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu".

Jintan
Manis (anisun)
Jintan
manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan
aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya
juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi
menguatkan pandangan mata.


Epal
(tuffah)
Epal
yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

Asparagus
(hiyawn)
Asparagus
berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.

Pisang
(mawz)
Pisang
boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli
(sya'ir)
Barli
berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup
barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih
(manis rayhan)
Selasih
berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega
(zubdah)


Mentega
khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang
menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga
kubis (qunnabit)
Sayuran
ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile
(babunaj)
Kegunaan
chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.

Lobak
merah


Kegunaannya
memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji
kopi (qahwah)
Sebagai
ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan
menimbulkan kebijaksanaan.

Biji
hitam (habb al sauda)
Dilaporkan
bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al
sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa
"ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan
demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang
halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam
(dajaj)
Memudahkan
penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit
kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau
kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:
bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta
dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan
kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun
(qitta')
Yang
masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam
di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar
kering (tamr)
Nabi
s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma
atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut
yang tidak diingini.

Terung
(badhijan)
Terung
hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur
(baydah)
Khasiat
telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive"
(hindiba)
Khasiat
hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana
sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke
atas hindiba".

Fenugreek
(Hulbah)
Nabi
s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,
mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat
hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut
(memulas).

Buah
Ara fig (fin)
Fin
kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan
badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata
ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah
syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan
penyakit buasir dan pirai.

Ikan
(samak)
Khasiat
ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang
makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan
badan

Bawang
putih (thum)
Bawang
putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka
janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama
kami."

Minyak
sapi (samn)
Minyak
sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada
makanan.

Halia
(zanjabil)
Halia
disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala
yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis
minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu
penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)
Terdapat
banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku
dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan
perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga
inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di
Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)
Madu
lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah
madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di
dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan
meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu
setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman
dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam
musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang
kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang
(a'das)
Semua
kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan
hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad
(khass)
Meskipun
ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan
tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad
melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan
penglihatan.

Daging
(lahm)
Daging
mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging
selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas
dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan
yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan
biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak
baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging
binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya
mencengkam dan menyangkuk.

Sumber:
Association of Malaysian Students at University of Southern California


Or you can go to http://healthycampus.usm.my/pages/upload/colbin/makanan_dan_hikmahnya_dalam_isla.htm







This post was originally created on
DATE: 01/21/2007 08:41:58 AM

No comments:

Myspace Graphics
Myspace Graphics

This blog is best viewed using Mozilla Firefox. Please click to install

7 Rapids Weight Loss Tips

Rapid weight loss happens when you burn fat and cleanse toxins out of your body. You can do that several ways. Here are a few of them.

1. Use of a cleanse. Did you know you have at least seven or eight pounds of waste stored in your body? A cleanse works by removing toxins and waste from your body. For the quickest weight loss consider liquid cleanses.

2. Eat more often, but eat smaller portions. This will help you body metabolize the meal and not have the excess amount of fat which a larger meal often does.

3. Eat more protein. This will help your metabolism and burn fat more quickly. It will also help you build muscle.

4. Cut out soda pop. Drink 8 glasses of water everyday instead. Doing this one thing can really aid rapid weight loss by flushing toxins and helping build muscle.

5. Gradually begin to work out. The temptation is to start lifting weights and jogging everyday. Your body is probably not ready for this. Consult your physician before beginning any life changing work out routine.

6. Here is a killer for many people. You need to cut way back or eliminate alcohol. It is rich in sugar and carbohydrates and it actually aids in your body storing fat.

7. One last thing is to change it up a little. This includes your diet and your workout routine. Rapid weight loss is more effective when you stick with it. Starting and stopping diet and exercise is hard on your system.

Being consistent is good not only for rapid weight loss, but long term weight loss as well.

Previous Post